Sunday, 20 April 2014

$$$$$$$$$stress$$$$$$$$$~

Assalamualaikum~huhu..topik hrini pasal aku stress...aku rasa tertekan dgn diri sendr sbb suka sgt online shopping~aku rasa aku bkn suka tp dah tahap addict..huhu susah betul thn nafsu..nak nak pulak aku kan perempuan yg mempunyai 9 nafsu~(hehe..ok ok tu alasan) tapikan online shopping ni mmg best thp super saiya..lepas bestnya hilang dtg pulak sengsara+kopak(sbb membazir berlebihan)...sbenarnya online shopping ni best sbb kt ada privacy nak pilih brg..ada masa nak buat perbandingan sambil santai n bermalasan(a.k.a sambil bergolek..berguling..atau apa-apa pose yg kita suka nak buat)..x payah nak bersesak2 n banyak lagi walaupun banyak juga kekurangannya..tahla aku pon x taw apa nak jd ngan aku..huhu ok la aku nak wat benda lain lak..btw sorry sbb aku x wat review pasal apps blogeroid lagy..bubye~assalamualaikum


Macam nilah rupa aku stress!!(hewhewhew ok ni tipu aku xde lah comel sgt mcm baby ni~) XD



Imagination aku ttg duit terbang lebih kurang mcm ni dan aku rasa aku imagination extreme sikit..hehehehe credit:pakcik google utk kumpulkan gambar(btw tq to org yg amik or lukis gambar tu)

Thursday, 10 April 2014

Assalamualaikum~haha... entry kali ni aku saja nak test sama ada ok ke x gne apps kat play store iaitu bloggeroid...kalau apps ni ok aku wat review sikit ea..huhu aku da lama x update blog sbb aku "terlebih rajin"...nak wat camna...sorry la wahai stalker2 ku gg disayangi(bajet popular XD)...hehe~ekekeke...

Sunday, 30 March 2014

selfie~selfie~selfie~(selfie undang kematian!!)


DANNY BOWMAN, 19, menghabiskan masa 10 jam sehari untuk mengambil gambar diri sendiri.


SEORANG remaja lelaki dari Neswastle, England, Danny Bowman, 19, menghabiskan masa hampir 10 jam setiap hari untuk mengambil kira-kira 200 keping gambar diri sendiri yang dikenali sebagai selfie menggunakan telefon bimbit.
Tabiat pelik yang membelenggu remaja lelaki itu pada tiga tahun lalu memakan diri apabila keadaan tersebut hampir meragut nyawanya.
Dia berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan gambar yang diambilnya hingga menyebabkan dia mengalami penyusutan berat badan sebanyak 20 kilogram.
"Ketika itu, saya begitu obses untuk mengambil gambar selfie kerana ingin mencuri perhatian rakan-rakan wanita di sekolah.
Seronok
"Setiap kali mengambil gambar, saya akan rasa seronok dan teruja lebih-lebih lagi apabila berjaya menonjolkan sisi saya yang berbeza," katanya.
Ujar Danny, kelakuan tersebut bertambah kritikal sehingga dia sanggup menyelinap keluar dari kelas sebanyak tiga kali iaitu pada setiap satu jam semata-mata untuk mengambil gambarnya sendiri.
Satu-satunya kebaikan hobi melampau tersebut ialah impian Danny untuk menjadi seorang model lelaki tercapai pada tahun 2011. Pada usia 16 tahun, Danny nekad berhenti sekolah dan menghabiskan seluruh masanya untuk mengambil gambar selfie.
Enam bulan pertama selepas berhenti sekolah, dia mengurungkan diri di dalam bilik tanpa melakukan sebarang aktiviti dan hanya mengambil gambar selfie.
Sebelum mengambil gambar, Danny akan merenung ke arah gambar idolanya, pelakon Hollywood terkenal Leonardo de Caprio untuk mendapatkan idea.
Namun begitu, apabila gambar tersebut gagal mencapai tahap kesempurnaan, dia akan cuba membunuh diri dengan mengambil dadah terlarang secara berlebihan.
Ibunya, Penny Bowman berkata, seluruh anggota keluarga terpaksa mendapatkan bantuan untuk menyelamatkan anak lelakinya terutamanya apabila ketagihan Danny berada di luar kawalan.
"Saya pernah cuba merampas telefon bimbitnya kerana menyangka ia mampu mengawal keadaan daripada menjadi lebih tegang.
"Namun, perkara sebaliknya berlaku apabila dia menjadi semakin agresif," ujarnya.
MERAKAM kenangan bersama seorang pengacara ketika membicarakan mengenai penyakit dismorfik.


Penyakit mental
Persepsi Danny mengenai ketaksuban terhadap gambar sendiri bagaimanapun berubah selepas dia menerima pelbagai komen negatif berkaitan fizikalnya sebaik memuat naik gambar tersebut ke laman Facebook.
"Pelbagai kata kesat dilemparkan kepada saya sehingga ada yang mengeji hidung saya bersaiz besar.
"Dari hari itu, saya mula sedar bahawa untuk mencapai kesempurnaan adalah mustahil. Setiap orang pasti ada kekurangan," katanya.
Setelah menyedari sukar untuk mengambil gambar yang sempurna, Danny nekad untuk berhenti daripada ketagihan tersebut dan mengambil masa selama tujuh bulan untuk mengatasinya.
"Kalau tidak saya pasti tidak boleh berenggang dengan telefon sampai sekarang.
"Disebabkan ketagihan itu, saya kehilangan rakan-rakan, zaman persekolahan, kesihatan dan paling tidak dapat dilupakan apabila saya hampir mati," luahnya kesal.
Perkara tersebut lantas menjadikan Danny sebagai penagih selfie pertama di Britain yang menghidap sindrom penyakit personaliti dismorfik, iaitu kebimbangan melampau terhadap penampilan peribadi dan gangguan obsesif kompulsif (OCD).
Seorang pakar psikiatri Britain, Dr. Linda Papadopoulos berkata, fenomena tersebut sering terjadi dalam kalangan golongan muda zaman teknologi kini.
"Budaya ini sama seperti reaksi kita ketika melihat diri sendiri terpampang di dada akhbar.
"Ia sama sahaja seperti memaksa orang lain untuk melihat kehidupan kita dan juga betapa hebatnya kehidupan kita berbanding orang lain," katanya.
Tambahnya, kegilaan individu untuk ber-selfie telah berkembang sejak lima tahun yang lalu.
Bukan sekadar orang biasa, gejala tersebut malahan turut merebak dalam kalangan selebriti, ahli politik dan atlet sukan.
Bagaimanapun, seorang pakar psikologi yang merawat Danny berpendapat, ketagihan individu mengambil selfie kini telah menjadi satu penyakit mental.
credit:cosmo

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo Pada pendapat aku..kalau nak selfie tu mmglah boleh tp berpada-padalah..tapi ni dah macam obses sangat dgn diri sendiri~so sesiapa yg ada menunjukkan simptom-simptom obses ber'selfie' silalah pi jumpa doktor..sebelum penyakit anda melarat(p/s:bunuh diri sendiri tu dosa dan merugikan taw :3) ok tu jer~

Friday, 28 March 2014

kucing~kucing~kucing~

assalamualaikum~kali ini aku nak berkongsi(ewahh~ayat skema habis) tentang baka-baka kucing yang aku minat....meh scroll ke bawah(adik2/encik/cik/puan/tuan/dato'/datin/tan sri/puan sri dan lain2 dipersilakan meng'scroll' ke bawah~takmo malu-malu..haha)


teringin nak peluk!!

speechless~aku pon nak peluk kau wahai puan tiger..

1.maine coon cat

2.bengal cat

3.japanese bobtail cat
hah...tulah jenis-jenis baka kucing yg aku minat..tapi sebenarnya aku nampak semua kucing aku excited!! XD ok..sebelum aku merapu..meh aku ceritakan sikit kenapa aku minat sangat dgn kucing berbaka maine coon,bengal dan japanese bobtail(yg lion and tiger tu masuk kategori lain sbb special)                                1.aku minat  maine coon cat sbb kita mestilah menyayangi makhluk allah s.w.t (haha~jwpn xle blah) okey..okey..sebelum aku kena sumpah seranah dgn pembaca baik aku bagitau elok-elok...aku minat sangat dgn maine coon cat sbb kucing tu comel,besar dan sedap dipeluk(psstt~sebenarnya sbb kucing tu macam singa).Maine coon cat juga dikenali sebagai american longhair cat dan juga merupakan salah satu baka asli tertua di amerika utara(aku dpt info drpd 'pakcik' google).hah~ada sorang lelaki melayu yg bela kucing baka maine coon yg aku terjumpa kat instagram..id dia lelakigeek(kucing2 dia comel giler!!so bolehla lepas ni korang usha...haha)                                                                                                                                                                        2.aku minat bengal cat sbb kucing tu ada corak leopard~serius aku minat sangat...kucing baka bengal ni ada jual kat pet wonderland,midvalley.Bengal cat ni campuran domestic cat dan asian leopard cat..                                                                                                                                                                 3.aku minat japanese bobtail cat sbb muka kucing tu suci dan polos(ahaha~)kalau kucing ni wat salah pun korang tak sampai hati nak marah...dan sbb utamanya kucing ni mirip arwah lala(kucing)..japanese bobtail cat ni campuran domestic cat  dan ekor yg jarang dijumpai dan menyerupai ekor arnab(haha..ni aku amik drpd google)                                                                                                                                                           4.pasal lion dan tiger pula aku suka sangat sbb dorang comel,besar,ganas(ok ni pelik~),dan aku pun tak tau~aku teringin sangat peluk dorang dan tu adalah salah satu impian aku...huhu~aku harap tercapailah impian tu..(pssttt~sesiapa yg ada membela..meh la kasi aku pinjam jap!!)                                                                                                                       Sebenarnya aku teringin juga nak membela kucing yg berbaka tu tapi memandangkan harga dorang yg beribu-raban...aku batalkanlah niat...nak nak pula~aku sendiri pun parents yg tanggung.Selain itu,dari sudut pandangan aku..daripada aku membazir kat seekor  kucing..baik aku sedekah duit tu kat anak2 yatim ker,bagi kat pusat kebajikan kucing ker(kat pusat tu byk kucing liar yg kelaparan),sedekahkan kat mangsa2 palestin dan sbgnya.Memanglah kesian tgk kucing2 yg dikurung tapi nak wat camne..takpe takpe biarlah org-org yg terlebih kaya beli kucing-kucing mahal tu...sorry~entry kali ni panjang sangat....sekian~nantikan entry yg seterusnya..... :3                

Wednesday, 26 March 2014

kucing~kucing~kucing~

ni namanya SAYANG~(selfie)

ni pula LALA~(ILY)
yg kiut miut ni pula TRON(hmm..comel mcm aku~haha)

        
 SAYANG yg paling tua antara dorang seterusnya LALA dan last sekali TRON...tapi daripada tiga ekor tinggal seekor je~huhu.....okla sampai sini jela aku nak kongsi utk hari ni..lain kali kalau aku rajin aku update...hehe~ XD kucing~kucing~kucing~

salam perkenalan~

assalamualaikum~